Madrasah Umum Kembara Wahyu RARETV 2025

RM10,612.45
raised of RM150,000.00 goal
7.07% raised, 84 days remaining
Minimum amount is RM2 Maximum amount is RM2 Put a valid number
RM

by Akhmal Asyraf

Seluruh Negara, Malaysia

Bina Madrasah Untuk 5 Juta Orang

Madrasah Umum RareTV musim pertama kami bangunkan wacana pelajaran sejarah Islam dan ditonton lebih 2 juta tontonan sehingga kini. Alhamdulillah untuk musim kedua, Kembara Wahyu Madrasah Umum mendapat tontonan lebih 3 juta dalam tempoh kurang 6 bulan! Menerusi perkembangan yang positif ini, untuk Ramadhan 2026 kami bakal meneruskan Kembara Wahyu Madrasah Umum yang akan ke udara di saluran RareTV dan juga TV Alhijrah.

Bayangkan jika sebuah madrasah yang mendidik 20 orang sahaja pun memberi pulangan “Ajron” yaknik (pahala) yang tidak putus-putus, inikan pula dengan teknologi sekarang, ilmu yang bermanfaat melalui program Madrasah Umum Kembara Wahyu mampu disampaikan melebihi 5 JUTA TONTONAN untuk tahun 2026 di bulan Ramadhan yang mulia. 

2 musim sudah, kami keluarkan dana sendiri. Rancangan agama boleh kata hampir tiada yang berminat untuk menaja secara komersil. Maka kami terbang sahaja, sewa kereta dan tinggal di rumah tumpangan, rumah pelajar dan berkhemah. Masak sendiri atau di kedai makan murah bagi mencukupkan dana yang sedikit. 

BERITA BAIKNYA! Musim ketiga ini, Kembara Wahyu akan meneroka perjalanan BA’ASA (pendidikan) dan pola kehidupan Nabi Muhammad SAW dari sebelum kelahiran baginda sehingga diangkat menjadi Rasul. Lebih baik lagi, kali ini kami menyambut seruan ramai untuk membuka peluang UNTUK ANDA BERSAMA-SAMA MENJADI MICROSPONSOR atau dalam bahasa mudahnya, pelabur kepada pembinaan MADRASAH UMUM, KEMBARA WAHYU MUSIM KE-3. Semoga ini menjadi saham akhirat kita yang berkekalan. InshaaAllah.

Saluran Sumbangan


Anda juga boleh menyumbang seikhlasnya samada RM5, RM10, RM30, RM50, RM100 atau seberapa sahaja yang termampu.

Sumbangan harus disalurkan ke akaun:

YAYASAN PELANGI MALAYSIA MAYBANK
5622 6357 2593

atau

AFFIN ISLAMIC BANK
106710013566

atau

kini lebih mudah, cepat dan selamat melalui :

Kongsikan Usaha Kami

Bantu kami memperpanjangkan usaha ini dengan sumbangan serendah RM5 untuk setiap sumbangan.

RM10 pada kita mungkin kecil tetapi ianya sangat bermakna bagi yang memerlukan. Mohon sebarkan kebaikan untuk sama-sama yang lain turut melabur sebuah madrasah yang mendidik 5 juta orang pada tayangan Kembara Wahyu Ramadhan 2026 nanti. 

 

RM10 pada kita mungkin kecil tetapi ianya sangat bermakna bagi yang memerlukan. Mohon sebarkan kebaikan untuk sama-sama yang lain turut melabur sebuah madrasah yang mendidik 5 juta orang pada tayangan Kembara Wahyu Ramadhan 2026 nanti. 

 

Bantuan Lain Dalam Projek Pelangi