Apa itu Projek Pelangi ?
Projek Pelangi adalah satu platform pendanaan secara ‘crowd-funding’ hasil dari cetusan idea dan inisiatif oleh anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin’ (RPWP). Ia bermula dari tahun 2015 semasa sekumpulan anak yatim dan asnaf mencatu bajet mereka sehingga penjimatannya digunakan bagi membantu pemuliharaan banjir Bah Kuning 2014 di Kelantan sebelum ini. Bermula dari titik itu, ramai orang awam yang mahu turut sama menyumbang sehingga tertubuhnya platform ini.
Ianya juga merupakan satu program kebajikan yang dijalankan secara tersusun agar setiap sumbangan yang disalurkan, secara telus dan efektif disampaikan kepada mereka yang memerlukan
Bukan sekadar menyalurkan bantuan secara material, tapi turut sama berkongsi kasih sayang dan menjalinkan tali silaturrahim sesama insan.
KEMPEN PROJEK PELANGI
-
Dapur Kasih: Bantuan Makanan & Keperluan Ramadan 2023
Keperluan: RM50,000.00Read more -
Bantuan Untuk OKU Pendengaran 2023
Keperluan: RM100,000.00Read more -
Projek Wakaf al-Quran Versi Yang Digunakan
Keperluan: RM100,000.00Read more -
Bantuan Untuk OKU Pendengaran 2022
Keperluan: RM100,000.00Read more -
Pelangi Aidilfitri: Bantuan Persediaan Menyambut Syawal
Keperluan: RM50,000.00Read more -
Dapur Prihatin Ramadan: Bantuan Makanan & Keperluan Asnaf 2022
Keperluan: RM50,000.00Read more -
Bantuan Pemulihan Pasca Banjir 2021
Keperluan: RM500,000.00Read more -
Projek Ternakan dan Bekalan Daging Halal
Keperluan: RM500,000.00Read more -
DAPUR PRIHATIN : BANTUAN MAKANAN & KEPERLUAN ASNAF 2021
Keperluan: RM50,000.00Read more -
Bantuan PPE (Covid19) 2.0
Keperluan: RM1,000,000.00Read more -
Bantuan Untuk OKU Pendengaran 2020
Keperluan: RM68,000.00Read more -
Bantuan Naik Taraf Sekolah
Keperluan: RM3,900,000.00Read more -
Bantuan PPE (Covid19)
Keperluan: RM1,000,000.00Read more -
Bantuan Baju Raya 2018
Keperluan: RM100,000.00Read more -
Bantuan Baju Raya 2019
Keperluan: RM150,000.00Read more -
Bantuan Baju Raya 2020
Keperluan: RM100,000.00Read more
kami berbeza dari yang lain
tadbir urus oleh golongan yang tidak berkepentingan
Diuruskan sepenuhnya oleh anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin. Dibantu oleh para sukarelawan sepenuh masa yang tidak bergaji. Dilaksanakan dengan telus dan efektif tanpa berlakunya sebarang ketirisan.
kebajikan untuk SEMUA
Projek Pelangi berusaha untuk membantu saudara kita yang memerlukan. Terutama sekali golongan ASNAF tanpa mengira usia dan warna kulit.
rakan kebajikan ANDA
Projek Pelangi terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia serta mengalu-alukan penglibatan dan kerjasama dari rakan korporat, jabatan kerajaan serta NGO lain demi menyantuni golongan yang memerlukan
Sumbang Tanpa Lalui Orang Ketiga
Para sukarelawan bersama anak-anak RPWP berusaha sedaya upaya untuk menyampaikan sumbangan dengan tangan sendiri
PATUH SYARIAH DAN LAYAK ZAKAT
Kesemua kempen/ projek kebajikan yang dijalankan adalah patuh Syariah dan layak untuk menerima bantuan dana zakat
KEBAJIKAN SERAMPANG DUA MATA
Tahniah, disamping membantu anak yatim dan asnaf di luar sana, ANDA juga turut membantu anak-anak RPWP mendapat manfaat dari pengurusan projek ini dalam aspek pendidikan dan pembinaan jati diri.
kerjasama korporat dialu-alukan
DISOKONG OLEH BADAN/ INSTITUSI YANG BERKENAAN
Bermula dari 2015, Projek Pelangi telah menerima sokongan padu dari masyarakat dari seluruh tanah air disamping sokongan dari daripada agensi kerajaan seperti Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM).
KOLABORASI BERSAMA RAKAN KORPORAT
Melalui beberapa projek CSR seperti Projek Pelangi Raya, Projek Pelangi Back to School, kami telah berkerjasama dengan beberapa rakan korporat seperti TNB, Alliance Islamic Bank, Affin Islamic Bank, MBSB Bank, Bank Muamalat, Tabung Haji, Prolintas, Hong Leong Islamic Bank, ENRA, Mutiara Technology dan lain-lain lagi.









