Pelangi Aidilfitri: Bantuan Persediaan Menyambut Syawal

Lembah Klang, Malaysia
Sumbangan diperlukan RM50,000.00
Jumlah Terkumpul :
20.40%

Terima kasih, kempen telah tamat.

RM10,200.00 terkumpul

Syawal lebih bermakna apabila keceriaan dikongsi bersama.

Menyorot kembali sejak Mac 2020, negara melalui fasa yang cukup perit dan memberi kesan amat mendalam kepada ekonomi, sosial dan psikologi rakyat ekoran pandemik Covid-19.
Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan dan kita sedang menuju ke fasa pemulihan, bukan sedikit yang masih bergelut,walaupun terpaksa berpaut pada dahan yang rapuh.

Sedar atau tidak, golongan yang terjejas teruk adalah golongan B40 dan rentan yang mana mereka terpaksa berhempas-pulas untuk memenuhi keperluan hidup sebelum penularan wabak lagi.

Menginsafi akan kepayahan ini, kami bersama-sama anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin mengajak anda semua untuk bersama-sama menyantuni golongan ini dengan memberi sejumlah sumbangan untuk mereka dapat membuat persediaan bagi menyambut kehadiran syawal.

Kami yakin, hasil sumbangan anda bukan sekadar memenuhi tanggung jawab membantu sesama insan malahan turut melengkapi kehendak Allah SWT agar kita saling melengkapi di antara satu sama lain.

Kami menyeru kepada ANDA semua untuk turut serta dengan menyumbang seikhlasnya.

Kongsikan Usaha Kami

Bantu kami memanjangkan usaha ini dengan sumbangan serendah RM10 untuk setiap sumbangan.

Jumlah Penerima Manfaat : Jangkaan jumlah penerima manfaat adalah sekitar 5,000 orang yang terdiri dari golongan asnaf dan B40.

Lokasi Bantuan : 
Sekitar Lembah Klang dan seluruh Malaysia

Sumbangan keperluan asas untuk persediaan menyambut Syawal seperti:
– Keperluan barangan kering serta bahan masakan
– Baju raya, jubah dan tudung
– Juadah raya seperti kueh mueh, dodol dan lain-lain.

Sasaran keseluruhan kempen : 
RM50,000 – 100,000

Info Semasa

Objektif Projek Ini:

  1. Memberikan bantuan makanan (Bermasak / Bahan Mentah) serta keperluan asas kepada golongan yang memerlukan untuk persediaan menyambut Syawal.
  2. Membantu mengurangkan bebanan yang di hadapi oleh golongan asnaf dan B40 serta berkongsi keceriaan Syawal bersama mereka.
  3. Memberi ruang kepada penyumbang untuk menyantuni golongan yang tidak berkemampuan dan memerlukan secara efektif dan berkesan.

Saluran Sumbangan

Anda juga boleh menyumbang seikhlasnya samada RM5, RM10, RM30, RM50, RM100 atau seberapa sahaja yang termampu.

Sumbangan harus disalurkan ke akaun:
YAYASAN PELANGI MALAYSIA
MAYBANK
5622-6357-2593

atau 

kini lebih mudah, cepat dan selamat

RM10 pada kita mungkin kecil, tetapi ianya sangat bermakna bagi yang memerlukan. Bersama kami membantu mengurangkan bebanan yang mereka hadapi.

Proses Penyediaan dan Agihan Bantuan Persiapan Raya

video Projek Pelangi

Kerjasama Korporat Juga Kami Alu-Alukan

Kami yakin kami mampu melakukannya, bantu modalkan kami untuk menjayakannya. Untuk syarikat dan badan korporat yang berminat untuk menaja sebahagian dari nilai sumbangan kempen ini, hubungilah kami di sini untuk pertanyaan yang lanjut.

Kongsikan Usaha Ini
Bantu kami memperpanjangkan usaha ini dengan sumbangan serendah RM5 untuk setiap sumbangan.

Update Semasa