Bantuan Untuk OKU Pendengaran 2022
Fokus utama program ialah memberi peluang terbaik kepada setiap individu untuk merasai tahap pendengaran yang sempurna di samping meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menghargai dan menitikberatkan penjagaan kesihatan pendengaran.
Objektif ini dapat dicapai melalui 3 teras utama projek iaitu:
Program Awalan – Pencegahan dan kesedaran mengenai kesihatan pendengaran serta saringan komuniti melalui program-program pendidikan.
Program Utama – Pemberian alat bantu dengar kepada yang layak.
Program Susulan – Kelas pemulihan pertuturan, pemerkasaan komuniti dan fasiliti.
Bayangkan, tanpa melihat sekalipun kita masih mampu terhibur dan memproses maklumat dengan hanya mendengar radio. Tetapi tidak bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran.
Impaknya besar bagi kanak-kanak yang tidak dapat mendengar dengan baik untuk belajar berkomunikasi dan sukar untuk mendapatkan tahap pendidikan yang setara sepertimana rakan sebaya mereka yang lain di sekolah.
Kami yakin, dengan bantuan masyarakat yang prihatin serta kapasiti yang kami ada akan memberikan kesan positif yang berpanjangan pada kehidupan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran.
Kongsikan Mereka Nikmat Pendengaran
Sekitar 80 peratus dari mereka YANG tinggal di negara berpendapatan rendah hingga sederhana mempunyai akses yang terhad untuk penjagaan pendengaran.

Pendengaran setiap insan dihargai dan dilindungi agar dapat merasai dan mengalami pendengaran yang baik
Alat pendengaran tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang pelik dan orang yang mengalami masalah pendengaran dapat menikmati peluang yang sama seperti individu lain.

SUMBANGAN ALAT BANTU PENDENGARAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH
Adakah anda tahu bahawa kira-kira 466 juta orang di seluruh dunia mengalamai gangguan pendengaran?
Inilah sebabnya mengapa kami merealisasikan projek ini di mana ia dapat memberi manfaat kepada kanak-kanak terutamanya yang mengalami masalah pendengaran. Mereka sebenarnya masih mempunyai peluang kehidupan yang lebih cerah jika diberikan pendengaran yang lebih sempurna.
Dengan sokongan semua, kami yakin dapat memastikan mereka mendengar, belajar bercakap, berkembang pada kecepatan yang sesuai dengan usia mereka, mempunyai peluang yang lebih baik di sekolah dan di masa depan, dalam kerjaya mereka, serta dapat menjalani kehidupan tanpa batasan.
Kami juga menyokong ibu bapa anak-anak ini kerana mereka memainkan peranan paling penting dalam perkembangan mereka.
Kami juga melabur dalam melatih perantis tempatan supaya di masa depan mereka dapat menjamin keberlangsungan penjagaan audiologis profesional walaupun tanpa sokongan kami.
Mencegah kehilangan pendengaran juga faktor lain yang membimbangkan kita. Oleh sebab itu, kami menggunakan kempen ini di seluruh Malaysia untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya pendengaran yang baik dan melindungi pendengaran.
Saluran Sumbangan
Anda juga boleh menyumbang seikhlasnya samada RM5, RM10, RM30, RM50, RM100 atau seberapa sahaja yang termampu.
Sumbangan harus disalurkan ke akaun:
YAYASAN PELANGI MALAYSIA
MAYBANK
5622-6357-2593
atau
kini lebih mudah, cepat dan selamat
Seruan kepada NGO, Agensi Kerajaan dan Badan Korporat
Kami amat menghargai sekiranya pihak tuan/puan juga berhasrat untuk turut serta di dalam projek ini atau yang sepertinya. Kami yakin kami mampu melakukannya, bantu modalkan kami untuk menjayakan projek ini. Semoga kerjasama dan niat tulus semua pihak dipermudahkan segala urusan.