Penyediaan & Agihan Bubur Lambuk 2024

Lembah Klang, Malaysia
Sumbangan diperlukan RM10,000.00
Jumlah Terkumpul :
0.05%

Terima kasih, kempen telah tamat.

RM5.00 terkumpul

Bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1445H/2024M

Alhamdulillah, pada tahun ini kita masih diberi peluang menyambut kedatangan Ramadan yang penuh berkah dengan kegembiraan dan kesyukuran. 

Terjemahkan kesyukurun itu dengan melaksanakan ibadah puasa pada erti kata yang sebenar. Bukan lagi sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi membuktikan hasil puasa itu dengan penjimatan yang terhasil, dan seterusnya dimanfaatkan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam bentuk sedeqah. Tanpa kita sedar, masih ramai lagi golongan miskin dikejiranan yang masih bergelut demi memenuhi keperluan keluarga.

Atas kesedaran ini, Yayasan Pelangi Malaysia dengan kerjasama anak-anak RPWP dan para petugas telah mengambil inisiatif untuk membantu mengurangkan bebanan yang dihadapi di dalam bulan Ramadan ini dengan menyediakan keperluan asas dan makanan samada yang telah dimasak atau keperluan bahan mentah. Semua ini dapat direalisasikan apabila KITA berganding bahu. 

Kami menyeru kepada ANDA semua untuk turut serta dengan menyumbang seikhlasnya.

Kongsikan Usaha Kami

Bantu kami memperpanjangkan usaha ini dengan sumbangan serendah RM5 untuk setiap sumbangan.

Kami menyeru kepada ANDA semua untuk turut serta dengan menyumbang seikhlasnya.

Jumlah Penerima Manfaat : Jangkaan jumlah penerima manfaat adalah sekitar 1,000 orang yang terdiri dari golongan asnaf dan B40.

Lokasi Bantuan : 
Sekitar Lembah Klang dan seluruh Malaysia

Bantuan Diberikan:
– Sumbangan barang dapur
– Sumbangan makanan bermasak
– Sumbangan keperluan asas

Sasaran keseluruhan kempen : 
RM10,000 ke atas

Info Semasa

Objektif Projek Ini:

  1. Memberikan bantuan makanan (Bermasak / Bahan Mentah) serta keperluan asas kepada golongan yang memerlukan  
  2. Membantu meringankan beban golongan yang memerlukan dan juga rakan-rakan NGO yang mengurusakn rumah kebajikan.
  3. Memberi ruang kepada penyumbang untuk menyantuni golongan yang tidak berkemampuan dan memerlukan.
  4. Menyediakan platform pendidikan kepada para sukarelawan dan masyarakat serta rakan korporat untuk mengenali dan menyantuni masyarakat.

Saluran Sumbangan

Anda juga boleh menyumbang seikhlasnya samada RM5, RM10, RM30, RM50, RM100 atau seberapa sahaja yang termampu.

Sumbangan harus disalurkan ke akaun:
YAYASAN PELANGI MALAYSIA
MAYBANK
5622-6357-2593

atau 

kini lebih mudah, cepat dan selamat

RM10 pada kita mungkin kecil, tetapi ianya sangat bermakna bagi yang memerlukan. Bersama kami membantu mengurangkan bebanan yang mereka hadapi.

video Projek Pelangi

Kerjasama Korporat Juga Kami Alu-Alukan

Kami yakin kami mampu melakukannya, bantu modalkan kami untuk menjayakannya. Untuk syarikat dan badan korporat yang berminat untuk menaja sebahagian dari nilai sumbangan kempen ini, hubungilah kami di sini untuk pertanyaan yang lanjut.

Kongsikan Usaha Ini
Bantu kami memperpanjangkan usaha ini dengan sumbangan serendah RM5 untuk setiap sumbangan.

Update Semasa