Bantuan PPE (Covid19) 2.0
Sumbangan Segera Bantuan PPE (COVID-19) 2.0 Untuk Individu yang Memerlukan, institusi Pendidikan, Kebajikan & Frontliners.
Belum sempat untuk menarik nafas lega, kita telah dikejutkan dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang diluar jangkaan. Para frontliners tiada pilihan selain menyarung semula perisai demi mendepani serangan Covid 19 yang semakin menggila. Tidak kira apa saja lapangan profesion samada pendidik, pengurus rumah kebajikan mahupun pelajar, demi meneruskan kelangsungan hidup, segala risiko terpaksa ditempuhi. Memahami bebanan yang ditanggung oleh mereka, Sekreteriat Projek Pelangi memutuskan untuk meneruskan misi bantuan PPE COVID-19 2.0 dengan sasaran penerima yang lebih meluas. Keutamaan diberikan kepada mereka-mereka yang terlibat dengan Institusi Pendidikan seperti guru, pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan, Pengurusan & Penghuni Rumah Kebajikan, Pengurusan Masjid, Warga KKM dan Jabatan-Jabatan Kerajaan serta NGO yang terlibat menangani pandemik Covid-19 ini.
Kongsikan Usaha Kami
Bantu kami memperpanjangkan usaha ini dengan sumbangan serendah RM5 untuk setiap sumbangan.
Menyedari akan hakikat ini, kami di RPWP bersama anak-anak melalui Projek Pelangi telah memulakan semula Projek “Bantuan PPE Covid-19 2.0” Kalini skop sumbangan telah diperbesarkan supaya lebih ramai lagi yang dapat menerima manfaat.
Seruan kepada seluruh rakyat Malaysia, sokonglah petugas benteng hadapan kita agar mereka tidak rebah di medan juang. Ayuh sama-sama kita hulurkan bantuan dengan menyumbang semampunya. Biarlah kami bersengkang mata demi menyiapkan keperluan mereka. Jika mereka sanggup bertaruh nyawa, bagaimana pula kita?
Menyedari akan hakikat ini, kami di RPWP bersama anak-anak melalui Projek Pelangi telah memulakan projek “Bantuan PPE Covid-19”, kerjasama bermula dengan Klinik As Salam Bangi, kami sedang menyiapkan “Face Visor” untuk kegunaan para Frontliners. Insya Allah, kami juga sedang usahakan bantuan PPE untuk peralatan keselamatan yang lain juga.
Seruan kepada seluruh rakyat Malaysia, Ayuh sama-sama kita menghulurkan bantuan kepada mereka dengan menyumbang semampunya. Biarlah kami bersengkang mata untuk mereka kerana mereka sanggup mati untuk kita
Objektif kempen ini
Menyediakan platform kepada masyarakat untuk menyalurkan bantuan MODAL kepada individu, institusi, jabatan & ngo yang memerlukan|

Menyediakan, mengurus dan mengedar bantuan PPE kepada individu atau institusi di seluruh negara.
Menjadikan proses penyediaan dan tadbir urus sebagai satu sarana pendidikan kepada anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).


SEBAGAI WADAH PENDIDIKAN,
Kami Berikan Hanya Yang Terbaik!
Projek ini BUKAN untuk mengisi masa lapang di kala PKP ini semata. Tapi sebagai ruang bagi kami untuk mendidik diri sendiri dan anak-anak erti sebenar “ikhlas” dan “kholas” yang bermaksud “habis” dan “selesai“. Oleh itu, setiap yang dibuat haruslah SEHABIS BAIK hingga SELESAI
Biarpun kos penghasilannya yang lebih tinggi dari DIY biasa, kami menekankan kualiti PPE yang dihasilkan Projek Pelangi. Ini bagi menepati piawaian yang diperlukan oleh “frontliner” Covid-19.
Kami menyeru kepada ANDA semua untuk turut serta dengan menyumbang seikhlasnya.
Jumlah Penerima Manfaat : Jangkaan jumlah penerima manfaat adalah sekitar 10,000 orang yang terdiri dari:
– Institusi Pendidikan
– Institusi Kebajikan
– Jabatan Kerajaan
– Pengurusan Rumah Ibadat
– NGO
Lokasi Bantuan :
Sekitar Selangor hingga seluruh Malaysia
Bantuan Diberikan:
– Face Shield (RM10)
– Peralatan PPE lain
– Cecair Pembasmi Kuman (Hand Sanitiser)
Sasaran keseluruhan kempen :
RM100,000.00 – RM1,000,000.00
Info Semasa
Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order)
Nama Perintah
Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order)Tempoh Masa
Perintah ini berkuatkuasa dari 18 Mac – 31 Disember 2020Liputan Kawasan Perintah
Perintah ini terpakai di seluruh MalaysiaKuatkuasa Undang-undang
Perintah ini disandarkan pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967Arahan-arahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan
Terdapat enam (6) arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini iaitu:
i) Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
ii)Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
iii) Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara
iv) Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
v)Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
vi) Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services)
Saluran Sumbangan
Anda juga boleh menyumbang seikhlasnya samada RM5, RM10, RM30, RM50, RM100 atau seberapa sahaja yang termampu.
Sumbangan harus disalurkan ke akaun:
PERTUBUHAN KEBAJIKAN RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN(2012)
BANK RAKYAT
11-0071535-4
atau
kini lebih mudah, cepat dan selamat
Seruan kepada NGO, Agensi Kerajaan dan Badan Korporat
Kami amat menghargai sekiranya pihak tuan/puan juga berhasrat untuk turut serta di dalam projek ini atau yang sepertinya. Kami yakin kami mampu melakukannya, bantu modalkan kami untuk menjayakan projek ini. Semoga kerjasama dan niat tulus semua pihak dipermudahkan segala urusan.
Hubungi kami sekarang.