Dapur Prihatin Ramadan: Bantuan Makanan & Keperluan Asnaf 2022
Terima kasih, kempen telah tamat.
Ramadhan Al-Mubarak Semakin Menghampiri. Kehidupan Perlu Diteruskan Seperti Biasa Walaupun Masih Ramai Yang Terkesan Akibat Covid 19 Yang Melanda Negara. Sama-Sama Kita Jejaki Dan Bantu Golongan Anak Yatim Dan Asnaf
Alhamdulillah, setiap tahun kita masih diberi peluang untuk menyambut kedatangan Ramadan yang penuh berkah dengan kegembiraan dan kesyukuran. Walau bagaimanapun, masih ada golongan yang kurang bernasib baik dan terjejas akibat dari kesan Covid 19 seperti anak-anak yatim & asnaf serta warga emas penghuni rumah-rumah kebajikan yang ramai ahlinya tetapi kekurangan petugas untuk menguruskan keperluan mereka. Bagaimana pula kesulitan yang dialami oleh ibu tunggal serta keluarga miskin bandar yang masih bergelut demi memenuhi keperluan keluarga.
Atas kesedaran ini, Yayasan Pelangi Malaysia dengan kerjasama anak-anak RPWP dan para petugas telah mengambil inisiatif untuk membantu mengurangkan bebanan yang dihadapi di dalam bulan Ramadan ini dengan menyediakan keperluan asas dan makanan samada yang telah dimasak atau keperluan bahan mentah. Semua ini dapat direalisasikan apabila KITA berganding bahu. Terjemahkan erti ibadah puasa yang sebenar dengan menahan nafsu sehingga kita mampu berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan.
Kami menyeru kepada ANDA semua untuk turut serta dengan menyumbang seikhlasnya.
Kami menyeru kepada ANDA semua untuk turut serta dengan menyumbang seikhlasnya.
Jumlah Penerima Manfaat :Â Jangkaan jumlah penerima manfaat adalah sekitar 10,000Â orang yang terdiri dari golongan asnaf dan B40.
Lokasi Bantuan :Â
Sekitar Lembah Klang dan seluruh Malaysia
Bantuan Diberikan:
– Sumbangan barang dapur
– Sumbangan makanan bermasak
– Sumbangan keperluan asas
Sasaran keseluruhan kempen :Â
RM50,000 – 100,000
Info Semasa
Objektif Projek Ini:
- Memberikan bantuan makanan (Bermasak / Bahan Mentah) serta keperluan asas kepada golongan yang memerlukan Â
- Membantu pengurusan rumah kebajikan untuk mendapatkan bekalan bahan mentah
- Membantu mengurangkan risiko daripada merebaknya Covid-19 apabila golongan ini tidak perlu keluar mendapatkan bantuan.
4. Memberi ruang kepada penyumbang untuk menyantuni golongan yang tidak berkemampuan dan memerlukan.
Saluran Sumbangan
Anda juga boleh menyumbang seikhlasnya samada RM5, RM10, RM30, RM50, RM100 atau seberapa sahaja yang termampu.
Sumbangan harus disalurkan ke akaun:
YAYASAN PELANGI MALAYSIA
MAYBANK
5622-6357-2593
atauÂ
kini lebih mudah, cepat dan selamat
RM10 pada kita mungkin kecil, tetapi ianya sangat bermakna bagi yang memerlukan. Bersama kami membantu mengurangkan bebanan yang mereka hadapi.
video Projek Pelangi
Kerjasama Korporat Juga Kami Alu-Alukan
Kami yakin kami mampu melakukannya, bantu modalkan kami untuk menjayakannya. Untuk syarikat dan badan korporat yang berminat untuk menaja sebahagian dari nilai sumbangan kempen ini, hubungilah kami di sini untuk pertanyaan yang lanjut.