Tabung Bantuan Musibah & Bencana 2025
Persediaan awal bagi menghadapi sebarang musibah dan bencana alam
Kita sering mendengar berita mengenai berlakunya bencana alam yang diluar jangkauan. Segala harta benda musnah dalam sekelip mata, malahan turut mengorbankan jiwa.
Belum pun sempat untuk mereka kembali berdiri, gelombang kedua datang membadai. Pastinya ujian yang berterusan ini adalah satu yang sangat berat untuk mereka hadapi.
Atas asbab ini, kami mengajak anda semua bersama-sama kami dalam membantu proses pemulihan yang sebenarnya jauh lebih panjang dan lebih mahal belanjanya. Warga emas dan golongan B40 adalah antara golongan yang menghadapi masalah yang sangat besar dalam pemulihan ini. Kami berusaha agar bantuan yang bakal disampaikan nanti bukan sekadar bantuan one-off tetapi berkesinambungan agar golongan ini mampu bangkit semula dan menjalanani kehidupan seperti sedia kala.
Hos untuk inisiatif ini ialah Rumah Pengasih Warga Prihatin. Ingat lagi badan kebajikan anak yatim dan asnaf yang tular pada tahun 2020 sebagai rumah kebajikan yang menjahitkan 660km kain non-woven sebagai PPE kepada frontliner? Juga badan kebajikan anak yatim yang menyalurkan bantuan pembinaan semula Banjir Bah Kuning Kelantan tahun 2014 dahulu. Sekali lagi Yayasan Pelangi Malaysia akan berganding bahu bersama mereka untuk membantu semampunya.
Maklumat Kempen
Musibah banjir
Yang hilang rumah, yang hilang kenderaan, dan ramai yang rugi perniagaan juga ramai yang hilang punca pendapatan. Dari pengalaman kami semasa banjir besar di Kelantan 2014, berlaku lambakan bantuan dalam bentuk barangan.
Setiap simpang lazimnya akan ada longgokan lebihan sumbangan yang tidak dimanfaatkan dan diurus dengan sempurna. Kami juga turut menerima maklumat, ada mangsa yang cuba menjualnya dengan harga murah hanya kerana mereka memerlukan wang tunai.Â
Pada tahun 2021, Kami turut terlibat membantu mangsa banjir di Pahang & Selangor dan menyalurkan bantuan mengikut kesesuaian dan keperluan mangsa dalam bentuk tunai, barang keperluan, tenaga kerja dan juga jentera berat dengan kerjasama serta maklumat dari kalangan orang kampung, Sekreteriat Pengurusan Banjir serta Agensi yang berkaitan.
Kami urus dan kami bantu
Kami juga turun sama ke lokasi bencana untuk membuat penilaian sendiri keperluan asnaf dan tanpa birokrasi yang banyak, kami hulurkan terus bantuan sewajarnya setelah kami berpuas hati dengan maklumat yang diberikan.
Penerima juga akan kami profilkan dalam simpanan kami untuk bantuan-bantuan susulan selepas ini.
Bersyukurlah jika kita tidak berada di kawasan bencana. Namun, boleh jadi ini bukan masa kita lagi, tetapi ini masa mereka yang memerlukan.
Akan datang satu ketika nanti, kita juga menghadapi musibah dan ada orang lain pula yang bakal membantu memimpin kita keluar dari musibah bencana itu.
Saluran Sumbangan
Anda juga boleh menyumbang seikhlasnya samada RM5, RM10, RM30, RM50, RM100 atau seberapa sahaja yang termampu.
Sumbangan harus disalurkan ke akaun:
YAYASAN PELANGI MALAYSIA
AFFIN ISLAMIC
10-671-001356-6
MAYBANK
5622-6357-2593
Bantuan secara bank-in terus tidak mengubah counter di laman web ini
atauÂ
kini lebih mudah, cepat menggunakan button di bawah untuk pemberian terus sumbangan online menggunakan sistem web ini
foto & video Projek Pelangi
Bantuan Kilat








Misi Bantuan Pembersihan






















Testimoni Masyarakat

Kempen Terdahulu
RM10 pada kita mungkin kecil, tetapi satu kehidupan baru pada orang lain. Bersama kami (RPWP) semula selepas kejayaan Misi Bantuan Banjir 2015 kami dahulu”
Seruan kepada NGO, Agensi Kerajaan dan Badan Korporat
Kami amat menghargai sekiranya pihak tuan/puan juga berhasrat untuk turut serta di dalam projek ini atau yang sepertinya. Kami yakin kami mampu melakukannya, bantu modalkan kami untuk menjayakan projek ini. Semoga kerjasama dan niat tulus semua pihak dipermudahkan segala urusan.Â
Bantuan Lain Dalam Projek Pelangi
-
Bantuan Untuk Golongan Masalah Pendengaran 2025
Keperluan: RM100,000.00Read more -
Tabung Bantuan Musibah & Bencana 2025
Keperluan: RM100,000.00Read more -
Dapur Kasih: Bantuan Keperluan Ramadan & Syawal 2025
Keperluan: RM50,000.00Read more -
Projek Komuniti Tenaga Hijau
Keperluan: RM100,000.00Read more