Tabung Bantuan Musibah & Bencana 2024

Seluruh Malaysia, Malaysia
Sumbangan diperlukan RM100,000.00
Jumlah Terkumpul :
0.05%
Maaf, Jumlah minima RM5 Maaf, Jumlah maksima tidak melebihi RM
RM
RM50.00 terkumpul tinggal 39 hari lagi

Persediaan awal bagi menghadapi sebarang musibah dan bencana alam

Kita sering mendengar berita mengenai berlakunya bencana alam yang diluar jangkauan. Segala harta benda musnah dalam sekelip mata, malahan turut mengorbankan jiwa.

Belum pun sempat untuk mereka kembali berdiri, gelombang kedua datang membadai. Pastinya ujian yang berterusan ini adalah satu yang sangat berat untuk mereka hadapi.

Atas asbab ini, kami mengajak anda semua bersama-sama kami dalam membantu proses pemulihan yang sebenarnya jauh lebih panjang dan lebih mahal belanjanya. Warga emas dan golongan B40 adalah antara golongan yang menghadapi masalah yang sangat besar dalam pemulihan ini. Kami berusaha agar bantuan yang bakal disampaikan nanti bukan sekadar bantuan one-off tetapi  berkesinambungan  agar golongan ini mampu bangkit semula dan menjalanani kehidupan seperti sedia kala.

Hos untuk inisiatif ini ialah Rumah Pengasih Warga Prihatin. Ingat lagi badan kebajikan anak yatim dan asnaf yang tular pada tahun 2020 sebagai rumah kebajikan yang menjahitkan 660km kain non-woven sebagai PPE kepada frontliner? Juga badan kebajikan anak yatim yang menyalurkan bantuan pembinaan semula Banjir Bah Kuning Kelantan tahun 2014 dahulu. Sekali lagi Yayasan Pelangi Malaysia akan berganding bahu bersama mereka untuk membantu semampunya.

Kongsikan Usaha Kami

Bantu kami memanjangkan usaha ini dengan sumbangan serendah RM5 untuk setiap sumbangan.

Maklumat Kempen

Musibah banjir

Yang hilang rumah, yang hilang kenderaan, dan ramai yang rugi perniagaan juga ramai yang hilang punca pendapatan. Dari pengalaman kami semasa banjir besar di Kelantan 2014, berlaku lambakan bantuan dalam bentuk barangan.

Setiap simpang lazimnya akan ada longgokan lebihan sumbangan yang tidak dimanfaatkan dan diurus dengan sempurna. Kami juga turut menerima maklumat, ada mangsa yang cuba menjualnya dengan harga murah hanya kerana mereka memerlukan wang tunai. 

Pada tahun 2021, Kami turut terlibat membantu mangsa banjir di Pahang & Selangor dan menyalurkan bantuan mengikut kesesuaian dan keperluan mangsa dalam bentuk tunai, barang keperluan, tenaga kerja dan juga jentera berat dengan kerjasama serta maklumat dari kalangan orang kampung, Sekreteriat Pengurusan Banjir serta Agensi yang berkaitan.

Kami urus dan kami bantu

Kami juga turun sama ke lokasi bencana untuk membuat penilaian sendiri keperluan asnaf dan tanpa birokrasi yang banyak, kami hulurkan terus bantuan sewajarnya setelah kami berpuas hati dengan maklumat yang diberikan.

Penerima juga akan kami profilkan dalam simpanan kami untuk bantuan-bantuan susulan selepas ini.

Bersyukurlah jika kita tidak berada di kawasan bencana. Namun, boleh jadi ini bukan masa kita lagi, tetapi ini masa mereka yang memerlukan.

Akan datang satu ketika nanti, kita juga menghadapi musibah dan ada orang lain pula yang bakal membantu memimpin kita keluar dari musibah bencana itu.

Saluran Sumbangan

Anda juga boleh menyumbang seikhlasnya samada RM5, RM10, RM30, RM50, RM100 atau seberapa sahaja yang termampu.

Sumbangan harus disalurkan ke akaun:

YAYASAN PELANGI MALAYSIA

MAYBANK
5622-6357-2593

Bantuan secara bank-in terus tidak mengubah counter di laman web ini

atau 

kini lebih mudah, cepat menggunakan button di bawah untuk pemberian terus sumbangan online menggunakan sistem web ini

foto & video Projek Pelangi

Bantuan Kilat

Misi Bantuan Pembersihan

projekpelangi banjir onsite photo 2021 12 31 02 43 13
projekpelangi banjir nanding photo 2021 12 31 13 18 39

Testimoni Masyarakat

Kempen Terdahulu

RM10 pada kita mungkin kecil, tetapi satu kehidupan baru pada orang lain. Bersama kami (RPWP) semula selepas kejayaan Misi Bantuan Banjir 2015 kami dahulu”

Seruan kepada NGO, Agensi Kerajaan dan Badan Korporat

Kami amat menghargai sekiranya pihak tuan/puan juga berhasrat untuk turut serta di dalam projek ini atau yang sepertinya. Kami yakin kami mampu melakukannya, bantu modalkan kami untuk menjayakan projek ini. Semoga kerjasama dan niat tulus semua pihak dipermudahkan segala urusan. 

Hubungi kami sekarang.

Kongsikan Usaha Ini

Bantu kami memperpanjangkan usaha ini dengan sumbangan serendah RM5 untuk setiap sumbangan.

Bantuan Lain Dalam Projek Pelangi

Update Semasa