Projek Komuniti Tenaga Hijau
Bersama kami bantu kurangkan kos tenaga dengan memanfaatkan sumber alam di sekeliling kita
Projek Pelangi di bawah Yayasan Pelangi Malaysia (YAPEL) komited mencari solusi tenaga boleh baharu (TBB) yang lebih efisien bagi mengurangkan kos tenaga dan memberi manfaat jangka panjang kepada alam sekitar. Dengan sokongan ANDA serta kerjasama pakar tenaga boleh baharu, kami yakin projek ini yang bertujuan membina komuniti yang lebih lestari akan berhasil.
Visi Kami:
Mencipta komuniti yang berdikari dari segi tenaga melalui penggunaan sumber seperti tenaga solar, angin dan air, sambil mengurangkan jejak karbon serta menyediakan tenaga bersih dan berpatutan.
Rancangan Kami:
1. Memanfaatkan teknologi solar.
2. Sumber air bersih melalui sistem boring.
3. Latihan, pendidikan dan kempen kesedaran kepada masyarakat mengenai tenaga boleh baharu.
4. Pembentukan komuniti kebajikan sebagai contoh projek.
Bagaimana Anda Boleh Membantu:
1. Sumbangan tunai untuk membeli dan memasang sistem tenaga serta latihan
2. Sumbangan kepakaran atau peralatan
3. Sebarkan maklumat kempen ini
4. Sertai acara komuniti dan majlis pelancaran
Saluran Sumbangan
Anda juga boleh menyumbang seikhlasnya samada RM5, RM10, RM30, RM50, RM100 atau seberapa sahaja yang termampu.
Sumbangan harus disalurkan ke akaun:
YAYASAN PELANGI MALAYSIA
MAYBANK
5622-6357-2593
atau
kini lebih mudah, cepat dan selamat
RM10 pada kita mungkin kecil, tetapi ianya sangat bermakna bagi yang memerlukan. Bersama-sama kita memartabatkan al-Quran selaku rujukan yang haq.
Kerjasama Korporat Juga Kami Alu-Alukan
Kami yakin kami mampu melakukannya, bantu modalkan kami untuk menjayakannya. Untuk syarikat dan badan korporat yang berminat untuk menaja sebahagian dari nilai sumbangan kempen ini, hubungilah kami di sini untuk pertanyaan yang lanjut.

