Dapur Kasih: Bantuan Keperluan Ramadan & Syawal 2025

Lembah Klang, Malaysia
Sumbangan diperlukan RM50,000.00
Jumlah Terkumpul :
0.44%
Maaf, Jumlah minima RM5 Maaf, Jumlah maksima tidak melebihi RM
RM
RM220.00 terkumpul tinggal 57 hari lagi

DAPUR KASIH RAMADAN 1446H/ 2025M – RAMADAN LEBIH BERERTI DENGAN MEMBERI

Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi peluang menyambut Ramadan Al-Mubarak 1446H/2025M. Namun, di saat kita berbuka dengan juadah enak, masih ada yang hanya mampu menjamah sekadar apa yang ada.

Bayangkan…
Seorang ibu yang terpaksa mencatu makanan agar anak-anaknya tidak tidur dalam kelaparan.
Seorang ayah yang bekerja keras, tetapi masih belum cukup untuk menyediakan hidangan sahur dan iftar buat keluarganya.
Seorang warga emas yang berbuka sendirian tanpa sesiapa yang peduli.

Inilah realiti yang berlaku di sekeliling kita.

Atas kesedaran ini, Yayasan Pelangi Malaysia bersama anak-anak RPWP dan para petugas meneruskan Dapur Kasih Ramadan 2025, menyediakan bantuan makanan asas, juadah berbuka, dan sumbangan keperluan harian kepada mereka yang memerlukan.

Kongsikan Usaha Kami

Bantu kami memperpanjangkan usaha ini dengan sumbangan serendah RM5 untuk setiap sumbangan.

Kami menyeru kepada ANDA semua untuk turut serta dengan menyumbang seikhlasnya.

Jumlah Penerima Manfaat : Jangkaan jumlah penerima manfaat adalah sekitar 1,000 orang yang terdiri dari golongan asnaf dan B40.

Lokasi Bantuan : 
Sekitar Lembah Klang dan seluruh Malaysia

Bantuan Diberikan:
– Sumbangan barang dapur
– Sumbangan makanan bermasak
– Sumbangan keperluan asas
– Sumbangan tunai
– Sumbangan baju raya & keperluan

Sasaran keseluruhan kempen : 
RM50,000 – 100,000

Info Semasa

Objektif Projek Ini:

1️⃣ Meringankan Beban Golongan Memerlukan.

Menyediakan makanan berbuka/sahur, serta bantuan keperluan asas kepada keluarga kurang berkemampuan, anak yatim, ibu tunggal, warga emas, dan asnaf.

2️⃣ Memupuk Semangat Keprihatinan & Ukhuwah.

Menggalakkan masyarakat untuk bersedekah dan berkongsi rezeki, terutama di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

3️⃣ Mengamalkan Konsep Sederhana & Bersyukur.

Mendidik masyarakat untuk berjimat dalam perbelanjaan Ramadan dan mengalihkan penjimatan itu kepada membantu mereka yang lebih memerlukan.

4️⃣ Menghidupkan Sunnah & Keberkatan Ramadan.

Memanfaatkan Ramadan sebagai peluang untuk menggandakan pahala melalui infaq dan sedekah, serta membentuk jiwa yang lebih peka terhadap kesusahan orang lain.

5️⃣ Menggerakkan Sukarelawan & Komuniti.

Memberi ruang kepada individu, NGO, dan organisasi untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan, sama ada melalui sumbangan tenaga, masa, atau harta.

6️⃣ Membawa Kegembiraan Menjelang Syawal.

Membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk merasai nikmat menyambut Syawal dengan lebih sempurna melalui sumbangan pakaian, makanan, dan keperluan asas.

Saluran Sumbangan

Anda juga boleh menyumbang seikhlasnya samada RM5, RM10, RM30, RM50, RM100 atau seberapa sahaja yang termampu.

Sumbangan harus disalurkan ke akaun:
YAYASAN PELANGI MALAYSIA

AFFIN ISLAMIC
10-671-001356-6

MAYBANK
5622-6357-2593

atau 

kini lebih mudah, cepat dan selamat

RM10 pada kita mungkin kecil, tetapi ianya sangat bermakna bagi yang memerlukan. Bersama kami membantu mengurangkan bebanan yang mereka hadapi.

video Projek Pelangi

Kerjasama Korporat Juga Kami Alu-Alukan

Kami yakin kami mampu melakukannya, bantu modalkan kami untuk menjayakannya. Untuk syarikat dan badan korporat yang berminat untuk menaja sebahagian dari nilai sumbangan kempen ini, hubungilah kami di sini untuk pertanyaan yang lanjut.

Kongsikan Usaha Ini
Bantu kami memperpanjangkan usaha ini dengan sumbangan serendah RM5 untuk setiap sumbangan.

Update Semasa