Bantuan Pemulihan Pasca Banjir 2021

Seluruh Malaysia, Malaysia
Sumbangan diperlukan RM500,000.00
Jumlah Terkumpul :
5.68%
Maaf, Jumlah minima RM5 Maaf, Jumlah maksima tidak melebihi RM
RM
RM28,400.00 terkumpul

Tiada persediaan awal dapat dibuat apabila banjir yang berlaku diluar jangka.

Itulah gambaran sebenar apa yang berlaku terhadap mangsa banjir di sekitar Lembah Klang, terutama sekali di Selangor. Atas asbab ini, kami mengajak anda semua bersama kami dalam membantu proses pemulihan yang sebenarnya jauh lebih panjang dan lebih mahal belanjanya. Warga emas dan golongan B40 adalah antara golongan yang menghadapi masalah yang sangat besar dalam pemulihan ini. Kami berusaha agar bantuan yang bakal disampaikan nanti bukan sekadar bantuan one-off tetapi berkesinambungan  agar golongan ini mampu bangkit semula dan menjalanani kehidupan seperti sedia kala.

Hos untuk inisiatif ini ialah Rumah Pengasih Warga Prihatin. Ingat lagi badan kebajikan anak yatim dan asnaf yang tular pada tahun 2020 sebagai rumah kebajikan yang menjahitkan 660km kain non-woven sebagai PPE kepada frontliner? Juga badan kebajikan anak yatim yang menyalurkan bantuan pembinaan semula Banjir Bah Kuning Kelantan tahun 2014 dahulu?

Kongsikan Usaha Kami

Bantu kami memanjangkan usaha ini dengan sumbangan serendah RM5 untuk setiap sumbangan.

Maklumat Kempen

Musibah banjir

Yang hilang rumah, yang hilang kenderaan, dan ramai yang rugi perniagaan juga ramai yang hilang punca pendapatan. Dari pengalaman kami semasa banjir besar di Kelantan 2014, berlaku lambakan bantuan dalam bentuk barangan.

Setiap simpang lazimnya akan ada longgokan lebihan sumbangan yang tidak dimanfaatkan dan diurus dengan sempurna. Kami juga turut menerima maklumat, ada mangsa yang cuba menjualnya dengan harga murah hanya kerana mereka memerlukan wang tunai. 

Di Pahang pada awal tahun 2021 juga begitu. Kami lebih memfokuskan bantuan tunai dengan kerjasama serta maklumat dari kalangan orang kampung, JKKK, Tok Empat, Pegawai Polis, AJK Masjid yang lebih mengetahui siapakah asnaf sebenar. 

Kami urus dan kami bantu

Kami juga turun sama ke lokasi bencana untuk membuat penilaian sendiri keperluan asnaf dan tanpa birokrasi yang banyak, kami hulurkan terus bantuan sewajarnya setelah kami berpuas hati dengan maklumat yang diberikan.

Penerima juga akan kami profilkan dalam simpanan kami untuk bantuan-bantuan susulan selepas ini.

Bersyukurlah jika kita tidak berada di kawasan bencana. Namun, boleh jadi ini bukan masa kita lagi, tetapi ini masa mereka yang memerlukan.

Akan datang satu ketika nanti, kita juga menghadapi musibah dan ada orang lain pula yang bakal membantu memimpin kita keluar dari musibah bencana itu.

Saluran Sumbangan

Anda juga boleh menyumbang seikhlasnya samada RM5, RM10, RM30, RM50, RM100 atau seberapa sahaja yang termampu.

Sumbangan harus disalurkan ke akaun:

YAYASAN PELANGI MALAYSIA

MAYBANK
5622-6357-2593

Bantuan secara bank-in terus tidak mengubah counter di laman web ini

atau 

kini lebih mudah, cepat menggunakan button di bawah untuk pemberian terus sumbangan online menggunakan sistem web ini

foto & video Projek Pelangi

Bantuan Kilat

Misi Bantuan Pembersihan

projekpelangi banjir onsite photo 2021 12 31 02 43 13
projekpelangi banjir nanding photo 2021 12 31 13 18 39

Testimoni Masyarakat

Kempen Terdahulu

RM10 pada kita mungkin kecil, tetapi satu kehidupan baru pada orang lain. Bersama kami (RPWP) semula selepas kejayaan Misi Bantuan Banjir 2015 kami dahulu”

Seruan kepada NGO, Agensi Kerajaan dan Badan Korporat

Kami amat menghargai sekiranya pihak tuan/puan juga berhasrat untuk turut serta di dalam projek ini atau yang sepertinya. Kami yakin kami mampu melakukannya, bantu modalkan kami untuk menjayakan projek ini. Semoga kerjasama dan niat tulus semua pihak dipermudahkan segala urusan. 

Hubungi kami sekarang.

Kongsikan Usaha Ini

Bantu kami memperpanjangkan usaha ini dengan sumbangan serendah RM5 untuk setiap sumbangan.

Bantuan Lain Dalam Projek Pelangi

Update Semasa