Bantuan Kasih Ramadan 2026
Alhamdulillah, kita kini berada di fasa persiapan menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H/2026M. Walaupun bulan Ramadan masih belum tiba, persediaan awal amat penting agar bantuan dapat disampaikan tepat pada masanya kepada mereka yang memerlukan.
Bagi sebahagian daripada kita, Ramadan adalah tentang perancangan menu berbuka dan sahur. Namun bagi sebahagian yang lain, ia adalah tentang mencukupkan apa yang ada.
Seorang ibu yang mengira baki makanan agar cukup hingga ke waktu berbuka.
Seorang ayah yang terus berusaha, walaupun pendapatan tidak menentu.
Seorang warga emas yang menjalani hari-hari dengan serba kekurangan.
Inilah realiti yang masih berlaku dalam masyarakat kita hari ini.
Atas kesedaran ini, Yayasan Pelangi Malaysia, bersama anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) dan para petugas, memulakan Program Tautan Kasih Ramadan 2026 lebih awal.
Langkah ini diambil bagi memastikan bekalan makanan asas, juadah berbuka serta keperluan harian dapat disediakan dan diagihkan lebih awal, sekali gus membantu mereka menjalani ibadah puasa dengan lebih baik dan teratur.
Kami menyeru kepada ANDA semua untuk turut serta dengan menyumbang seikhlasnya.
Jumlah Penerima Manfaat : Jangkaan jumlah penerima manfaat adalah sekitar 1,000 orang yang terdiri dari golongan asnaf dan B40.
Lokasi Bantuan :
Sekitar Lembah Klang dan seluruh Malaysia
Bantuan Diberikan:
– Penganjuran majlis iftar
– Sumbangan barang dapur
– Sumbangan makanan bermasak
– Sumbangan keperluan asas
– Sumbangan tunai
– Sumbangan baju raya & keperluan
Sasaran keseluruhan kempen :
RM50,000 – 100,000
Info Semasa
Objektif Projek Ini:
1️⃣ Meringankan Beban Golongan Memerlukan.
Menyediakan makanan berbuka/sahur, serta bantuan keperluan asas kepada keluarga kurang berkemampuan, anak yatim, ibu tunggal, warga emas, dan asnaf.
2️⃣ Memupuk Semangat Keprihatinan & Ukhuwah.
Menggalakkan masyarakat untuk bersedekah dan berkongsi rezeki, terutama di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
3️⃣ Mengamalkan Konsep Sederhana & Bersyukur.
Mendidik masyarakat untuk berjimat dalam perbelanjaan Ramadan dan mengalihkan penjimatan itu kepada membantu mereka yang lebih memerlukan.
4️⃣ Menghidupkan Sunnah & Keberkatan Ramadan.
Memanfaatkan Ramadan sebagai peluang untuk menggandakan pahala melalui infaq dan sedekah, serta membentuk jiwa yang lebih peka terhadap kesusahan orang lain.
5️⃣ Menggerakkan Sukarelawan & Komuniti.
Memberi ruang kepada individu, NGO, dan organisasi untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan, sama ada melalui sumbangan tenaga, masa, atau harta.
6️⃣ Membawa Kegembiraan Menjelang Syawal.
Membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk merasai nikmat menyambut Syawal dengan lebih sempurna melalui sumbangan pakaian, makanan, dan keperluan asas.
Saluran Sumbangan
Anda juga boleh menyumbang seikhlasnya samada RM5, RM10, RM30, RM50, RM100 atau seberapa sahaja yang termampu.
Sumbangan harus disalurkan ke akaun:
YAYASAN PELANGI MALAYSIA
AFFIN ISLAMIC
10-671-001356-6
MAYBANK
5622-6357-2593
atau
kini lebih mudah, cepat dan selamat
RM10 pada kita mungkin kecil, tetapi ianya sangat bermakna bagi yang memerlukan. Bersama kami membantu mengurangkan bebanan yang mereka hadapi.
Proses Penyediaan dan Agihan Bantuan Makanan
video Projek Pelangi
Kerjasama Korporat Juga Kami Alu-Alukan
Kami yakin kami mampu melakukannya, bantu modalkan kami untuk menjayakannya. Untuk syarikat dan badan korporat yang berminat untuk menaja sebahagian dari nilai sumbangan kempen ini, hubungilah kami di sini untuk pertanyaan yang lanjut.

