Bantuan Baju Raya 2020

Kajang, Malaysia
Sumbangan berterusan diperlukan
Maaf, Jumlah minima RM5 Maaf, Jumlah maksima tidak melebihi RM
RM
RM6,394.00 terkumpul tinggal 127 hari lagi

Bantuan Baju Raya 2020

Untuk tahun 2020, Anak-anak RPWP meneruskan inisiatif membantu anak yatim dan asnaf mendapatkan baju/ jubah raya dengan sempurna. Dari sejumlah sumbangan dana yang terkumpul, anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin akan buatkan baju raya untuk sahabat mereka yang senasib. Kerja-kerja pembuatan dibantu dan dipantau sepenuhnya oleh tukang jahit professional serta sukarelawan sepenuh masa Rumah Pengasih Warga Prihatin. Untuk baju raya yang telah siap, mereka sendiri akan hantarkannya ke rumah sahabat mereka (Anak yatim & asnaf yang terpilih).

Sumbang RM100, anda telah berjaya mendanai pembuatan untuk sepasang baju raya (Baju Melayu Lacoste/ Jubah).

Sumbang segera agar kami sempat siapkan baju raya mereka sebelum 1 Syawal. Target kami untuk menyiapkan sejumlah 15,000 pasang baju raya tahun ini.

Harga termasuk kos purata penghasilan untuk pelbagai saiz dari kanak-kanak hingga dewasa. Kos pengurusan akan ditanggung oleh pengurusan Projek Pelangi.

Objektif Pelangi Raya 2020:

  • Menyediakan dan mengedar bantuan baju raya kepada anak yatim dan golongan asnaf di seluruh negara
  • Menjadikan proses penyediaan dan tadbir urus sebagai satu sarana pendidikan kepada anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).
  • Mengumpul dana untuk Tabung Pembangunan RPWP dan Akademi Insan Prihatin.
  • Membantu individu/ organisasi/ agensi kerajaan/ badan korporat  membina laluan untuk mendekati masyarakat (Outreach) dan seterusnya membantu golongan yang memerlukan.

Jumlah Penerima Manfaat : 
Jangkaan jumlah penerima manfaat adalah sekitar 15,000 orang anak yatim dan asnaf

Sumbangan yang bakal diberikan:
Sepasang baju raya (Baju Melayu Lacoste/ Jubah Muslimah) (RM100)

SUMBANG SEKARANG

Tidak semestinya sumbang sepasang, anda juga boleh menyumbang seikhlasnya samada RM5, RM10, RM30, RM50, RM100 atau yang termampu.

Seruan kepada NGO, Agensi Kerajaan dan Badan Korporat yang berhasrat untuk turut serta di dalam projek ini, sila hubungi nombor tertera di bawah:

Telefon : 0163605047/ 0172267533
Email   : admin@projekpelangi.com
Alamat : Kompleks RPWP
              Lot 79979 Jalan ABIM,
              Kampung Sungai Ramal Dalam,
              43000 Kajang, Selangor

Kongsikan Usaha Ini
Bantu kami memperpanjangkan usaha ini dengan sumbangan serendah RM5 untuk setiap sumbangan.