Bantuan Kecemasan & Bencana Alam

Seluruh Malaysia, Malaysia
Sumbangan diperlukan RM500,000.00
Jumlah Terkumpul :
10.64%
Maaf, Jumlah minima RM5 Maaf, Jumlah maksima tidak melebihi RM
RM
RM53,215.00 terkumpul

Kehidupan yang dibina 40 tahun musnah dalam 1 malam. pemulihan jadi proses panjang dan memakan belanja.

Atas sebab itu juga, kami mengajak anda semua bersama kami dalam proses pemulihan yang sebenarnya jauh lebih panjang dan lebih mahal belanjanya. Warga emas dan golongan B40 adalah golongan yang menghadapi masalah yang sangat besar dalam pemulihan. Bantuan yang telah kami sampaikan bukan satu bantuan one-off tetapi mempunyai bantuan susulan yang berterusan sehingga asnaf dapat keluar dari kemiskinan dan mereka pula menjadi pembantu asnaf lain untuk keluar juga dari kemiskinan.

Sekalipun dalam PKP, pada mereka tiada PKP selain masa untuk pemulihan. Jangan putus menyumbang kepada mereka. Projek Pelangi menyalurkan bantuan melangkaui sekatan PKP melalui sistem yang telah sedia ada.

Hos untuk inisiatif ini ialah Rumah Pengasih Warga Prihatin. Ingat lagi badan kebajikan anak yatim dan asnaf yang tular pada tahun 2020 sebagai rumah kebajikan yang menjahitkan 660km kain non-woven sebagai PPE kepada frontliner? Juga badan kebajikan anak yatim yang menyalurkan bantuan pembinaan semula Banjir Bah Kuning Kelantan tahun 2014 dahulu?

Kongsikan Usaha Kami

Bantu kami memperpanjangkan usaha ini dengan sumbangan serendah RM5 untuk setiap sumbangan.

Info Semasa

Yang hilang rumah, yang hilang kenderaan, dan ramai yang rugi perniagaan juga ramai yang hilang sumber pencarian. Dari pengalaman kami semasa banjir besar di Kelantan 2014, berlaku lambakan bantuan dalam bentuk barangan.

Setiap simpang lazimnya akan ada longgokan pakaian terpakai, kotak makanan, makanan dalam tin, makanan kering sehingga terlebih diterima dan mangsa ada juga yang cuba menjualnya dengan harga murah hanya kerana mereka memerlukan wang tunai. 

Di Pahang pada tahun 2021 juga begitu. Kami lebih memfokuskan bantuan tunai namun bantuan tunai ialah bantuan yang mudah dimanipulasikan. Dengan itu, kami bekerjsasama dengan pemaklum tempatan dari kalangan orang kampung, JKKK, Tok Empat, Pegawai Polis, AJK Masjid yang lebih mengetahui siapakah asnaf sebenar. 

Kami juga turun sama ke lokasi bencana untuk membuat penilaian sendiri keperluan asnaf dan tanpa birokrasi yang banyak, kami hulurkan terus bantuan tunai setelah kami berpuas hati dengan maklumat yang diberikan.

Tambahan pula, disebabkan PKP yang berlaku dalam mendepani jangkitan wabak, bantuan kewangan adalah yang terbaik memandangkan barangan boleh dibeli dari kedai dan pasaraya. Berbeza dengan banjir di Kelantan, kali ini banjir di Pahang tidak menjejaskan pembekalan. 

Penerima juga telah kami profilkan dalam simpanan kami untuk bantuan-bantuan susulan selepas ini.

Bersyukurlah jika kita tidak berada di kawasan bencana. Namun, boleh jadi ini bukan masa kita lagi, tetapi ini masa mereka yang memerlukan.

Akan datang satu ketika nanti, kita juga menghadapi musibah dan ada orang lain pula yang bakal membantu memimpin kita keluar dari musibah bencana itu.

Saluran Sumbangan

Anda juga boleh menyumbang seikhlasnya samada RM5, RM10, RM30, RM50, RM100 atau seberapa sahaja yang termampu.

Sumbangan harus disalurkan ke akaun:

PERTUBUHAN KEBAJIKAN RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN(2012)

BANK RAKYAT
11-0071535-4

+ Bantuan secara bank-in terus tidak mengubah counter di laman web ini

atau 

kini lebih mudah, cepat menggunakan button di bawah untuk pemberian terus sumbangan online menggunakan sistem web ini

foto & video Projek Pelangi

Misi Bantuan Banjir Dabong

Misi Bantuan Banjir Kuala Krai

Apa Itu Projek Pelangi

RM10 pada kita mungkin kecil, tetapi satu kehidupan baru pada orang lain. Bersama kami (RPWP) semula selepas kejayaan Misi Bantuan Banjir 2015 kami dahulu”

Bantuan Pemulihan Banjir Pahang 2021

Seruan kepada NGO, Agensi Kerajaan dan Badan Korporat

Kami amat menghargai sekiranya pihak tuan/puan juga berhasrat untuk turut serta di dalam projek ini atau yang sepertinya. Kami yakin kami mampu melakukannya, bantu modalkan kami untuk menjayakan projek ini. Semoga kerjasama dan niat tulus semua pihak dipermudahkan segala urusan. 

Hubungi kami sekarang.

Kongsikan Usaha Ini

Bantu kami memperpanjangkan usaha ini dengan sumbangan serendah RM5 untuk setiap sumbangan.

Bantuan Lain Dalam Projek Pelangi