Selain dari memenuhi permintaan atau cadangan kerja dari Abang Arif (Mantan YB Dabung) dan beberapa ketua kampung, Imam, bilal dan penghulu yang membantu beliau, kami juga mengatur gerakan mencari mangsa-mangsa yang ‘masih tertinggal’ dan memerlukan bantuan segera.
Sebahagian ibu-ibu dan anak-anak nisak ditugaskan untuk bersilatulrahim dengan mangsa banjir bagi mencari mereka yang benar-benar memerlukan bantuan segera. Ini perlu kerana bilangan tenaga, barang bantuan, sedekah tunai yang mampu diagihkan agak terhad.
Lagipun keberadaan kami di sana juga hanya 4 hari sahaja (setelah ditambah sehari – cadangan asalnya hanya 3 hari). Alhamdulillah dengan izin Allah, dapatlah kami sumbangkan sedikit kepakaran dan tenaga sepanjang berada di sana untuk meringankan kesengsaraan beberapa mangsa yang masih terkapai-kapai.
Bakinya banyak yang telah dan sedang dibantu oleh kerajaan dan begitu banyak NGO lain yang amat prihatin,
Belum ada sebarang perbincangan di sini?